Tuesday, December 7, 2010

Wasiat

Tetiba hari ni abang kata;

Sue kalau abang tak de nanti.. sue tgk-tgkkan anak2 abang.. termasuk anak2 yang bukan sue lahirkan.. 

Sue jawab.. insya Allah.. dan sue cakap kat abang.. Habis tu Kalau jadi apa-apa pada sue.. siapa nak jaga anak sue~

<-------------------------(^_^)---------------------------->

wasiat sue sama je dengan syarat ketika abang  beriya-riya ajak sue kawin.

Sue nak abang terima anak sue dan abang kena jaga dia macam anak abang.. kena tgk keperluan dia sampai bila-bila..............

dan now sue nak tambah sikit....... jangan sekali-sekali pisahkan dia dengan adik-adiknya.~ jangan sekali-kali

Sunday, December 5, 2010

PERDANA DAN MERANA

Hari ni abang boleh temankan saya ke kenduri perkahwinan kawan sekerja saya di Kampung Pasir. Jam 3.00 petang dah kuar rumah. Dari Taman Perling  ke Kampung Pasir bukanla jauh sangat 10 minit jew.

Apa yang merana, tetiba Perdana abang buat hal. Aduhai, dugaan "kasih sayang betul" hihihi... dah ler tgh panas terik, bawak anak-anak pula. Jam 3.30 petang abang kena wakil pegawai daerah dalam majlis. Perdana abang tetiba tersengguk-sengguk bergerak. Tekan minyak sampai habis pun masih tersengguk-sengguk. Lepas tu mati. Nasib baik stesyen minyak petronas dalam 10 meter je, tapi dengan keadaan tersengguk-sengguk tu.. saya rasa berkereta lembu, kuda atau keldai.. lagi laju.. hihihi.

Suami saya beli Perdana v6 automatik tu 6 tahun lalu, new version dengan harga RM98,000. Tapi ia mula meragam ketika umurnya baru berusia 5 tahun. Selama 2 tahun Perdana tu betul-betul buat kami merana.Keluar masuk bengkel. Duit baiki ragam tu jangan cakap dah makan harga beribu-ribu setiap kali hantar ke  bengkel. Macam-macam penyakit dan ragamnya. Kesian pada hubby,banyak masa dan duit terbuang kerananya. Antaranya :-

1. Hari ni je kami terpaksa memanggil teksi untuk ke majlis perkahwinan kawan saya. Abang pula tak dapat wakil d/o dan terpaksa telefon sana-sini untuk mencari wakil lain. Abang dah telefon driver, tapi perjalanan dia ke kampung masa mengambil masa 20 minit.

2. Insiden parking kereta di Kota Raya, telah menyusahkan banyak pihak. Ketika itu hari Jumaat kami terpaksa parking di bangunan atas kompleks tersebut. lagi 50 meter kemuncak bukit lorong tetiba Perdana tu berhenti. Terkejut badak kereta belakang semua.. ialah masing2 tgh sedap tekan minyak membukit nak sampai ke tempat parking.. Haru sungguh. Masa kami pun terbuang kat situ hampir 2 jam juga la nak selesaikan.

3. hemmmmmmmm malas ar nak cerita panjang. banyak sangat masalahnya!

Saya ada juga nasihatkan abg jual je kereta tu pada kawan-kawan nak beli, tapi bila fikir balik macam tak sampai hati pula.. kesian mereka yang dapat kereta yang tak tau punca masalahnya, walaupun telah di hantar ke pusat proton masalah tetap tak selesai. Kalau tolak kat agent kereta.. ibarat menjual sayur yang dah layu pula.. sure merendum jatuh harga.

Bila di kira-kira kos baiki pulih yang tak pulih-pulih tu sama seperti memakai kereta yang berjenama luar negara yang mahal harga keretanya. Jadi tak salah la rasanya bila dilihat ramai ketua-ketua jabatan kerajaan dan juga kementerian dah mula memakai jenama Toyota.. seperti fortune. Biar mahal, tapi kerja tidak tertangguh dan masa tidak terbuang dengan masalah kerosakkan jew.

Boss saya pun pernah mengalami detik-detik cemas menggunakan Perdana v6. Dari Jb ke kuala lumpur asyik bau hangit je. bila bawa laju dan lebih dari 80km/j lagi kuat bau hangitnya.

Apa-apa pun kita sebagai rakyat malaysia perlu memilih barangan buatan negara sendiri. Tapi janganlah di samping berkempen menyeru rakyat membeli barangan buatan tempatan, sebenarnya secara tidak langsung rakyat seolah-olah dijadikan bahan ujikaji secara percuma untuk mengenalpasti masalah barangan yang dicipta sebelum diedarkan ke negara luar...

Saturday, December 4, 2010

SAYA SUKA DILIHAT.. WANITA YANG SEDERHANA~

Risau juga, sepatutnya bulan mengambang 30 Nov 2010, tension juga menunggu, bila la nak mengambang. Tunggu punya tunggu hari ni dikit-dikit ianya keluar.. hemm patutla 2 hari lepas mood tidak menentu. Sensitip lain macam jew.

Hari ni abang sibuk lagi, pagi-pagi abang dah ke airport.. Jam 1.00tgh pergi majlis kawin anak perempuan anak Dato' Naim. Sultan dan Sultanah Johor datang mencemar Duli. Memandangkan mak tak de hari ni nak tak nak kena bawa adik sekali, kesian adik.. sebab duduk di tempat yang berprotokol terpaksa memujuk adik menahan lapar, nasib baik tak lama, bila start makan adik dah boleh senyum-senyum. Banyak adik makan.
adik dah kenyang

Saya tercari-cari juga.. mana la anak lelaki Dato'.. Mohd Azman yang agak rapat dengan saya di facebook, jengah-jengah tak de pula.. Sibuk basuh pinggan di belakang agaknya. hihihi.. 
demi abang.. saya cuba menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling yang sering mencuri-curi pandang ke arah kita. Tugas isteri untuk selalu mendampingi suami.. untuk terus menyokong beliau.. Apa pun pandangan mereka saya terima.
Sesungguhnya, saya hanyalah manusia biasa dan kita sama je di sisi Allah.
Selagi saya bernafas di dunia ni.. yang saya mahu.. hormatilah saya sebagai seorang manusia..

cuba bersikap.. low profile.. less makeup.. bersederhana  dalam pemakaian, tidak memakai barang kemas (sebab saya sungguh tidak selesa bila ada mata terjeling atau terpandang) saya lebih rela sangat-sangat bersederhana
 bila teman abang ke majlis-majlis. Saya ingin dilihat sebagai wanita yang bersederhana sahaja.

malam ni abang tak de lagi.. bertugas protokol di majlis kawin Panglima brig. Dato Ali Istana... Sue sendiri lagi..Tak pe la bang sue duduk rumah dan jaga anak-anak elok-elok.. Moga kerja-kerja abang di berkati dan satu hari nanti akan ada orang hargai  dan melihat kerja serta usaha abang...

cayang abang (mod tgh sayang.. kalau marah.. ayat lain.. hihhi)

Friday, December 3, 2010

JANGAN MENGHARAP JIKA BELUM PASTI

Satu ketika dulu saya pernah terdengar seorang sahabat secara spontan berkata

"KALAU DAH TERSURAT BUKAN REZEKI KITA... LAGI SEINCI KALAU NAK SAMPAI KE TELAPAK TANGAN.. TETAP KITA TAK DAPAT JUGA.. "

Masa memula dengar apa dia cakap. Saya buat selambur kodok je.. tapi bila saya mulai rasa apa yang dia rasa.. hemmmmmmm pilunya rasa........rasanya ala-ala orang putus cinta juga la kan.. hahaha

Bulan November hingga Disember adalah bulan yang teramat-amat sibuk sekali. Ada beberapa undangan photoshoot saya tolak... Dan ada jg undangan iklan komersial yang saya mohon tangguh diadakan bulan Disember. Tapi sampai sekarang panggilan tawaran tersebut saya tidak terima semula

"ITU LAH YANG DIKATAKAN JANGAN TERLALU MENGHARAP SESUATU YANG BELUM PASTI~"

Walauapa pun.. hidup kita ni singkat kan.. nak  meratapi menyesali terhadap sesuatu perkara yang bukan ditakdirkan utk kita.. buat apa...

Rasa terkilan tetap ada... ialah peluang bergolek takkan datang bergolek-golek sepuluh kali... hihihi.. Tapi bila saya pejam mata dan tarik nafas dalam-dalam... Tetiba saya teringat.......

Saya pernah berdoa meratap meminta " YA ALLAH.. JANGAN KAU PISAHKAN ANAK KU DARI KU YA ALLAH.. AKU SANGGUP KEHILANGAN RAHMAT/REZEKI YANG AKAN KAU BERIKAN KEPADA KU DI MASA AKAN DATANG.. ASALKAN AKU TIDAK HILANG ANAK KU.. PERMATA HATI KU"

Mungkin .. inilah rahmat/rezeki yang ditarik olehNYA... Saya renung anak sulung saya Syahirah Ilyana.. Teringat saya saat saya hampir-hampir kehilangannya... Ketika itu saya menangis tanpa henti.. ketika itu juga saya rasa biar saya tidak memiliki dunia.. tapi saya tetap memiliki anak saya........

Akhirnya saya mampu tersenyum kembali.. Allah makbulkan doa saya.. Sekiranya itu adalah pengorbanan yang harus saya terima dan lalui.. saya redha.. Moga di masa-masa akan datang... Allah berikan rezeki yang lebih baik lagi... ~

Syukran.. terima kasih ya Allah~