Saturday, December 4, 2010

SAYA SUKA DILIHAT.. WANITA YANG SEDERHANA~

Risau juga, sepatutnya bulan mengambang 30 Nov 2010, tension juga menunggu, bila la nak mengambang. Tunggu punya tunggu hari ni dikit-dikit ianya keluar.. hemm patutla 2 hari lepas mood tidak menentu. Sensitip lain macam jew.

Hari ni abang sibuk lagi, pagi-pagi abang dah ke airport.. Jam 1.00tgh pergi majlis kawin anak perempuan anak Dato' Naim. Sultan dan Sultanah Johor datang mencemar Duli. Memandangkan mak tak de hari ni nak tak nak kena bawa adik sekali, kesian adik.. sebab duduk di tempat yang berprotokol terpaksa memujuk adik menahan lapar, nasib baik tak lama, bila start makan adik dah boleh senyum-senyum. Banyak adik makan.
adik dah kenyang

Saya tercari-cari juga.. mana la anak lelaki Dato'.. Mohd Azman yang agak rapat dengan saya di facebook, jengah-jengah tak de pula.. Sibuk basuh pinggan di belakang agaknya. hihihi.. 
demi abang.. saya cuba menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling yang sering mencuri-curi pandang ke arah kita. Tugas isteri untuk selalu mendampingi suami.. untuk terus menyokong beliau.. Apa pun pandangan mereka saya terima.
Sesungguhnya, saya hanyalah manusia biasa dan kita sama je di sisi Allah.
Selagi saya bernafas di dunia ni.. yang saya mahu.. hormatilah saya sebagai seorang manusia..

cuba bersikap.. low profile.. less makeup.. bersederhana  dalam pemakaian, tidak memakai barang kemas (sebab saya sungguh tidak selesa bila ada mata terjeling atau terpandang) saya lebih rela sangat-sangat bersederhana
 bila teman abang ke majlis-majlis. Saya ingin dilihat sebagai wanita yang bersederhana sahaja.

malam ni abang tak de lagi.. bertugas protokol di majlis kawin Panglima brig. Dato Ali Istana... Sue sendiri lagi..Tak pe la bang sue duduk rumah dan jaga anak-anak elok-elok.. Moga kerja-kerja abang di berkati dan satu hari nanti akan ada orang hargai  dan melihat kerja serta usaha abang...

cayang abang (mod tgh sayang.. kalau marah.. ayat lain.. hihhi)

No comments:

Post a Comment